Sunday 27 February 2011

PENGHARGAAN

Alhamdulillahi rabbillalamin,wassolatu wasalamua’la ashrafil anbiya iwal mursalin wa ala alihi wasabbihi ajmain.Amma ba’.Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dan keizinanNya yang memberikan saya tubuh badan yang sihat dan akal fikiran yang matang yang membolehkan saya meyempurnakan kerja khusus ini dengan jayanya.Pada kesempatan ini, saya ingin meyalurkan ucapan terima kasih kepada insan-insan yang membantu saya dalam meyempurnakan tugasan ini.Pertama sekali, jutaan terima kasih buat Ustaz Abdul Aziz bin Hajrin.Kerana dengan kebaikannya, lemah-lembutnya, dan penuh tatasusilanya dalam memberikan saya tunjuk ajar serta nasuhat dalam proses pembuatan tugasan ini. Tanpanya saya ibarat seorang pengembara yang  tersesat di padang pasir tanpa mengetahui mana satu arah tujunya. Kemudian jutaan terima kasih dan penghargaan ke hadapan kedua ibubapa saya yang tercinta keran telah banyak menyalurkan bantuan kepada saya baik dari segi kewangan, tunjuk ajar, motivasi, dan kasih sayang yang sentiasa dilimpahkan buat saya. Tanpa mereka siapa lah saya, kerana tanpa mereka tiada lah saya di dunia ini dan sudah tentu tiada di universiti ini. Selain itu juga saya juga ingin mengucapkan jutaan lagi terima kasih kepada Puan Maimunah binti Abdullah yang sudi ditemubual olah saya serta sudi berkongsi pengalaman hidupnya yang berliku-liku dengan saya. Jika saya tidak memberikan penghargaan buatnya samalah saya seumpama kacang yang telah melupakan kulitnya ataupun habis madu sepah dibuang. Tidak lupa juga kepada adik-beradik saya yang sentiasa menyokong saya dengan memberikan saya ruang dalam menyempurnakan tugasan saya dalam keadaan yang tenang. Serta tidak dilupakan jua teman-teman serumah saya, Nadia yang menolong saya membuat blog ini, Ana yang memberikan saya ilham, Dila yang memberikan sokongan serta Siti yang sentiasa memberikan saya tunjuk ajar dan kawan-kawan seperjuangan yang lain di dalam kumpulan BMB2Bc. Akhir kata,jutaan terima kasih buat buat semua yang terlibat dalam secara langsung mahupun secara tidak langsung semasa proses pembuatan kerja khusus ini berjalan. Syukur Alhamdullilah sekali lagi. Terima kasih semuanya, kerjasama kalian amat saya hargai.

No comments:

Post a Comment