Sunday 27 February 2011

KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat saya simpulkan sesudah menjalankan kerja khusus ini ialah sebagai seorang insan yang beragama islam, kita haruslah sentiasa berbuat kebaikan terhadap sesiapa sahaja termasuklah terhadap orang bukan islam kerana didalam agama islam itu sendiri menyuruh umatnya untuk berbuat baik terhadap orang bukan islam dan mereka juga mempunyai hak-hak mereka didalam islam. Sekiranya ada saudara baru kita haruslah memberi sokongan dan bantuan kepada mereka kerana jika kita tersilap langkah mereka mungkin akan kembali kepada agama sebelumnya. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Akhir sekali, sebagai orang yang telah dilahirkan dalam keadaan islam kita haruslah bersyukur dengan nikmat nur islam yang telah diberikan oleh Allah buat kita semua. Demikian sahaja daripada saya, wabillahimwattaufiqwal hidayat wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh. 

No comments:

Post a Comment