Sunday 27 February 2011

LATAR BELAKANG

Pada tanggal 15 September 1961, di Pathyau, Thailand iaitu negara yang juga dikenali sebagai Negara Gajah Putih,telah terdengar satu tangisan seorang bayi perempuan telah dilahirkan oleh seorang insan yang bergelar ibu. Dengan penuh kasih sayang sang ibu menyusukan sang anak sesudah tenaganya dikembalikan. Setelah lama memikirkan nama yang sesuai untuk deberikan kepada sang anak, sang ibu dan bapanya mengambil keputusan untuk menamai bayi mereka dengan nama Mai Duangkam. Kasih sayang senantiasa dilimpahi buat si anak. Tahun berganti tahun,setelah tiba masanya si anak diberikan pendidikan sehingga tamat sekolah menengah atas. Pendidikan yang diberikan sepenuhnya di Negara Gajah Putih itu. Sesudah tamat pengajiannya di sekolah menengah,dia mengambil keputusan untuk mengahwini seorang jejaka yang dicintainya. Jejaka itu berasal dari bandar Bangkok,Thailand. Kehidupan rumah tangganya begitu bahagia pada awalannya. Setelah setahun berlalu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Bayi kesayangan mereka diberikan nama sebagai Puttiphon Seho. Banarlah kata-kata pepatah bahawa langit idak selalunya cerah. Begitu juga dengan kehidupan kita sebagai manusia. Perkahwinan yang dibina atas dasar nama cinta kini kian retak. Retak umpama kaca yang menuggu saat untuk terbelah. Hari demi hari, walaupun mereka cuba untuk membaiki perhubungan mereka namun itu semua umpama sukar untuk dibaiki lagi. Walaubagaimanapun ditampal cermin akan tetap retak dan kesannya akan senantiasa ada disitu. Setelah sekian lama, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah. Jodoh ditangan Tuhan, dan jodoh mereka telah ditetapkan sehingga disitu saja dan dia menerima semua ini dengan hati yang rela. Baginya tiada gunanya jika dia masih meneruskan perkahwinannya itu jika di dalam hatinya sudah tiada lagi sinar kebahagiaan. Keserasian merka sudah tiada lagi di dalam diri masing-masing. Dalam membawa haluan masing-masing, dengan membawa hati yang masih lagi sakit terguris akibat bisa lalu, dia membawa dirinya ke Malaysia. Walaupun hak penjagaan anaknya berpihak kepada dirinya, namun dia mengambil keputusan untuk tidak membawa anaknya bersama-samanya ke Malaysia. Satu keputusan yang drastik yang terpaksa diambilnya iaitu dengan meninggalkan satu-satu anak lelakinya itu dengan kedua ibubapanya. Memang berat hatinya meninggalkan anak yang telah dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari itu. Namun apakan daya, tuntutan kehidupan yang penuh onak berduri ini yang tidak membenarkan dia membawa anaknya bersama-samanya ke Malaysia. Setiba di Malaysia, dia dan rakan-rakan senegaranya mencari pekerjaan demi mencari sesuap nasi. Di sini dia bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran masakan Thailand. Disitulah tertulis takdir Tuhan yang menemukannya dengan seorang lelaki yang berjaya menambat hatinya. Walaupun berbeza dari segi agama, namun jika cinta sudah mula memenuhi ruangan di dalam hati mereka amatlah susah untuk dinafikan lagi. Subhanallah, Maha Suci Allah. Benar bahawa hidayah itu milik Allah dan Dia akan memberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan Dia jugalah yang berhad akan mengambil dari sesiapa sahaja yang dikehendakinya. “Kun fayakun”. Langit nan mendung kini kian berarak. Mentari mula menerbitkan sinar kehangatannya,membahagiakan sang-sang burung yang dulu kedinginan. Pada 2 Februari 1988, sinar hidayah telah dikurniakan ke dalam hatinya. Di hadapan seorang Imam dan bersaksikan dua orang saksi, dia telah melafazkan syahadahnya,di Selatan Thailand, iaitu di Golok. maka mulai saat itu, islamlah agamanya, kaabahlah kiblatnya, Muhammad itulah pesuruh Allah dan Allahlah Tuhannya yang satu dan yang layak disembahnya. Allahuakhbar. Allahlah yang memberikannya hidayah. Daripada Mai Duangkam kini namanya telah ditukarkan kepada Maimunah binti Abdullah. Dia memilih nama ini kerana persamaan yang ada  pada nama ini iaitu ‘Mai’ bersamaan dengan nama asalnya. Tertariknya dia untuk memeluk agama Allah ini adalah kerana kebaikan yang sering ditonjolkan oleh orang-orang islam kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Terutamanya kebaikan yang diberikan dan juga pertolongan yang diberikan kepada dirinya. Itulah yang membuatkan dirinya kagum dengan ajaran yang diberikan di dalam agama ini. Hal ini jugalah yang membuatkan hatinya untuk mendalami lagi agama yang suci ini. Tambahannya lagi, pakaian yang disaranka dalam agama islam membuatkannya kagum kerana setelah mengenakan pakaian yang menutup aurat ini membuatkannya lebih selesa dalam menjalani kehidupan sehariannya berbanding dengan pakaian yang dikenakannya sewaktu sebelum dia memeluk agama ini. Selepas memeluk islam, dia telah dirisik oleh lelaki yang dicintainya di awal ketibaan di Malaysia utuk menjadi suri dihatinya. Seorang guru besar di sebuah sekolah di negeri Kelantan. Setelah menerima lamaran itu, mereka telah dikahwinkan berwalikan hakim kerana bapanya tidak menetujui perkahwinannya itu. Rumah tangga mereka begitu bahagia. Setelah setahun kemudiannya, mereka telah dianugerahi seorang anak perempuan yang diberikan nama Ili Suzana binti Mohd Noor. Kemudian setahun kemudian mereka kemudiannya dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang dinamakan dengan nama Marina binti Mohd Noor. Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, dan hari berganti hari. Setiap kehidupan akan diakhiri dengan kematian. Pada Disember 2006, suami yang dikasihi dipanggil untuk menemui Penciptanya. Sebak pilu dihatinya tiada siapa yang tahu. Mengenangkan kehidupan yang mendatang akan dilaluinya tanpa kehadiran suami yang tercinta. Tiada lagi suami yang akan membimbingnya dan memberi semangat kepadanya. Mujurlah kehadiran kedua puterinya itu mengurang sedikit perasaannya yang kesunyian. Kehidupan harus diteruskan. Kini setelah bergelar janda beranak dua, dia bekerja di sebuah kilang perabot di Pasir Tumboh dmi menyara kehidupannya bersama kedua orang anak perempuannya itu. Kini kedua-dua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran mereka di menara gading. Begitulah kehidupan. Usaha yang diberkati akan diberikan kejayaan pada akhirnya.

No comments:

Post a Comment