Sunday 27 February 2011

PENDAHULUAN(LIKU-LIKU PERJALANAN SAYA)

Di petang yang hening itu, usai solat asar saya mengambil keputusan untuk menjalankan tugasan cuti pertengahan semester yang diberikan oleh Ustaz  Abdul Aziz buat saya iaitu menjalankan temuramah mengenai seorang mualaf ataupun imam. Saya memilih untuk menemuramah seorang mualaf kerana di kawasan kejiranan saya terdapat seorang mualaf. Sang bayu menerjah dan menampar lembut di wajah saya sewaktu saya berjalan-jalan menuju ke rumah yang ditujui. Sang mentari umpama menyetujui perjalanan saya pada petang itu kerana cahaya yang dilimpahkan seumpama memberi berkat kerana suhu persekitaran tidak terlalu panas yang membolahkan saya berjalan dengan tenang. Setelah beberapa langkah perjalanan saya, tibalah saya dirumahnya. Salam diberi dan tanpa perlu menunggu lama salam saya dijawad. Tanpa berlengah saya berterus-terang mengenai tujuann saya ke rumahnya pada petang itu. Seperti yang telah disarankan oleh Ustaz Abdul Aziz saya membuat janji temu dengannya. Ini kerana saya berharap agar saya tidak akan mengganggu rutin sehariannya. Dengan penuh lemah-lembutnya dan penuh kemesraan dia memberikan saya waktu yang sesuai. Dia mempunyai kelapangan pada petang keesokan harinya. Ini kerana, pada waktu pagi dia harus pergi bekerja. Dia berharap agar saya memahami keadaannya. Saya pun bersetuju untuk menjalankan temuramah itu pada keesokan harinya. Petang keesokan harinya, seusai solat asar saya berangkat menuju ke rumahnya seperti yabg telah dijanjikan kami pada semalam. Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, saya berjalan menuju ke rumahnya. Setelah tiba di hadapan rumahnya saya terus memberi salam. Salam disambut dan tanpa teragak-agak saya dipelawa menaiki ke dalam rumahnya. Saya dipersilakan duduk dan proses temubual yang tidak formal dijalankan. Kami mula berbual-bual mengenai latar belakang nya dan seterusnya mengenai kehidupannya dari sebelum dia memeluk agama islam sehinggalah kini yang telah bergelar muslimah.


No comments:

Post a Comment