Sunday 27 February 2011

CARA PENYELESAIAN MASALAH

Setiap dugaan pasti mempunyai hikmah disebalik kejadiannya. Setiap masalah didalam kehidupan ini pasti akan ada jalan penylesaiannya. Begitulah yang dilalui oleh Mak Cik Mai. Setiap masalahnya ditangani dengan begitu teliti dan berhati-hati. Memandangkan masalahnya berkaitan dengan hati dan perasaan,dia harus menyelesaikannya dengan penuh kelembutan dan berwaspada kerana bimbang jika tersilap langkah ada yang akan terluka. Berkaitan dengan masalah keluarga yang dihadapinya itu, iaitu penentangan oleh keluarganya terhadap pengislamannya itu hanya diubati dengan masa. Setelah mengambil keputusan untuk berjauhan selama beberapa tahun dengan keluarga tercinta,dia mengambil keputusan untuk kembali menemui keluarganya. Sewaktu berjauhan dengan keluarganya, harus diakui olrh dirinya bahawa memang berat hatinya untuk berpisah dengan keluarganya,namun demi cintanya dia terhadap agama islam, dia rela memilih agama ini walaupun dia harus menjalani kehidupannya dengan penuh luka didada. Kepulangannya ke Tanah Airnya yang tercinta telah diterima oleh pihak keluarga. Benarlah bahawa masa adalah jalan penyelesaian  yang terbaik. Alhamdulillah. Air yang dicincang tidak akn pernah putus. Selagu darah ibubapanya masih mengalir dalam dirinya, selagi itu dia akan memohon agar ibubapanya merestui penghijrahan dirinya ini. Mengenai masalahnya dalam membaca Al-Quran dia mengambil keputusan untuk mempelajarinya dengan perlahan-lahan bersama-sama suaminya. Walaupun sehingga kini dia masih lagi mengalami kesukaran dalam membaca Al-Quran dari segi sebutannya. Namun dia sudah dapat mengenal huruf-huruf jawi jadi hal ini mengurangkan sedikit sebanyak kegugupannya semasa membaca Al-Quran.

No comments:

Post a Comment