Alhamdulillahi rabbillalamin,wassolatu wasalamua’la ashrafil anbiya iwal mursalin wa ala alihi wasabbihi ajmain.Amma ba’.Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dan keizinanNya yang memberikan saya tubuh badan yang sihat dan akal fikiran yang matang yang membolehkan saya meyempurnakan kerja khusus ini dengan jayanya.Pada kesempatan ini, saya ingin meyalurkan ucapan terima kasih kepada insan-insan yang membantu saya dalam meyempurnakan tugasan ini.Pertama sekali, jutaan terima kasih buat Ustaz Abdul Aziz bin Hajrin.Kerana dengan kebaikannya, lemah-lembutnya, dan penuh tatasusilanya dalam memberikan saya tunjuk ajar serta nasuhat dalam proses pembuatan tugasan ini. Tanpanya saya ibarat seorang pengembara yang tersesat di padang pasir tanpa mengetahui mana satu arah tujunya. Kemudian jutaan terima kasih dan penghargaan ke hadapan kedua ibubapa saya yang tercinta keran telah banyak menyalurkan bantuan kepada saya baik dari segi kewangan, tunjuk ajar, motivasi, dan kasih sayang yang sentiasa dilimpahkan buat saya. Tanpa mereka siapa lah saya, kerana tanpa mereka tiada lah saya di dunia ini dan sudah tentu tiada di universiti ini. Selain itu juga saya juga ingin mengucapkan jutaan lagi terima kasih kepada Puan Maimunah binti Abdullah yang sudi ditemubual olah saya serta sudi berkongsi pengalaman hidupnya yang berliku-liku dengan saya. Jika saya tidak memberikan penghargaan buatnya samalah saya seumpama kacang yang telah melupakan kulitnya ataupun habis madu sepah dibuang. Tidak lupa juga kepada adik-beradik saya yang sentiasa menyokong saya dengan memberikan saya ruang dalam menyempurnakan tugasan saya dalam keadaan yang tenang. Serta tidak dilupakan jua teman-teman serumah saya, Nadia yang menolong saya membuat blog ini, Ana yang memberikan saya ilham, Dila yang memberikan sokongan serta Siti yang sentiasa memberikan saya tunjuk ajar dan kawan-kawan seperjuangan yang lain di dalam kumpulan BMB2Bc. Akhir kata,jutaan terima kasih buat buat semua yang terlibat dalam secara langsung mahupun secara tidak langsung semasa proses pembuatan kerja khusus ini berjalan. Syukur Alhamdullilah sekali lagi. Terima kasih semuanya, kerjasama kalian amat saya hargai.
2010235856
Sunday, 27 February 2011
PENDAHULUAN(LIKU-LIKU PERJALANAN SAYA)
Di petang yang hening itu, usai solat asar saya mengambil keputusan untuk menjalankan tugasan cuti pertengahan semester yang diberikan oleh Ustaz Abdul Aziz buat saya iaitu menjalankan temuramah mengenai seorang mualaf ataupun imam. Saya memilih untuk menemuramah seorang mualaf kerana di kawasan kejiranan saya terdapat seorang mualaf. Sang bayu menerjah dan menampar lembut di wajah saya sewaktu saya berjalan-jalan menuju ke rumah yang ditujui. Sang mentari umpama menyetujui perjalanan saya pada petang itu kerana cahaya yang dilimpahkan seumpama memberi berkat kerana suhu persekitaran tidak terlalu panas yang membolahkan saya berjalan dengan tenang. Setelah beberapa langkah perjalanan saya, tibalah saya dirumahnya. Salam diberi dan tanpa perlu menunggu lama salam saya dijawad. Tanpa berlengah saya berterus-terang mengenai tujuann saya ke rumahnya pada petang itu. Seperti yang telah disarankan oleh Ustaz Abdul Aziz saya membuat janji temu dengannya. Ini kerana saya berharap agar saya tidak akan mengganggu rutin sehariannya. Dengan penuh lemah-lembutnya dan penuh kemesraan dia memberikan saya waktu yang sesuai. Dia mempunyai kelapangan pada petang keesokan harinya. Ini kerana, pada waktu pagi dia harus pergi bekerja. Dia berharap agar saya memahami keadaannya. Saya pun bersetuju untuk menjalankan temuramah itu pada keesokan harinya. Petang keesokan harinya, seusai solat asar saya berangkat menuju ke rumahnya seperti yabg telah dijanjikan kami pada semalam. Dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, saya berjalan menuju ke rumahnya. Setelah tiba di hadapan rumahnya saya terus memberi salam. Salam disambut dan tanpa teragak-agak saya dipelawa menaiki ke dalam rumahnya. Saya dipersilakan duduk dan proses temubual yang tidak formal dijalankan. Kami mula berbual-bual mengenai latar belakang nya dan seterusnya mengenai kehidupannya dari sebelum dia memeluk agama islam sehinggalah kini yang telah bergelar muslimah.
LATAR BELAKANG
Pada tanggal 15 September 1961, di Pathyau, Thailand iaitu negara yang juga dikenali sebagai Negara Gajah Putih,telah terdengar satu tangisan seorang bayi perempuan telah dilahirkan oleh seorang insan yang bergelar ibu. Dengan penuh kasih sayang sang ibu menyusukan sang anak sesudah tenaganya dikembalikan. Setelah lama memikirkan nama yang sesuai untuk deberikan kepada sang anak, sang ibu dan bapanya mengambil keputusan untuk menamai bayi mereka dengan nama Mai Duangkam. Kasih sayang senantiasa dilimpahi buat si anak. Tahun berganti tahun,setelah tiba masanya si anak diberikan pendidikan sehingga tamat sekolah menengah atas. Pendidikan yang diberikan sepenuhnya di Negara Gajah Putih itu. Sesudah tamat pengajiannya di sekolah menengah,dia mengambil keputusan untuk mengahwini seorang jejaka yang dicintainya. Jejaka itu berasal dari bandar Bangkok,Thailand. Kehidupan rumah tangganya begitu bahagia pada awalannya. Setelah setahun berlalu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki. Bayi kesayangan mereka diberikan nama sebagai Puttiphon Seho. Banarlah kata-kata pepatah bahawa langit idak selalunya cerah. Begitu juga dengan kehidupan kita sebagai manusia. Perkahwinan yang dibina atas dasar nama cinta kini kian retak. Retak umpama kaca yang menuggu saat untuk terbelah. Hari demi hari, walaupun mereka cuba untuk membaiki perhubungan mereka namun itu semua umpama sukar untuk dibaiki lagi. Walaubagaimanapun ditampal cermin akan tetap retak dan kesannya akan senantiasa ada disitu. Setelah sekian lama, mereka akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah. Jodoh ditangan Tuhan, dan jodoh mereka telah ditetapkan sehingga disitu saja dan dia menerima semua ini dengan hati yang rela. Baginya tiada gunanya jika dia masih meneruskan perkahwinannya itu jika di dalam hatinya sudah tiada lagi sinar kebahagiaan. Keserasian merka sudah tiada lagi di dalam diri masing-masing. Dalam membawa haluan masing-masing, dengan membawa hati yang masih lagi sakit terguris akibat bisa lalu, dia membawa dirinya ke Malaysia. Walaupun hak penjagaan anaknya berpihak kepada dirinya, namun dia mengambil keputusan untuk tidak membawa anaknya bersama-samanya ke Malaysia. Satu keputusan yang drastik yang terpaksa diambilnya iaitu dengan meninggalkan satu-satu anak lelakinya itu dengan kedua ibubapanya. Memang berat hatinya meninggalkan anak yang telah dikandungnya selama sembilan bulan sepuluh hari itu. Namun apakan daya, tuntutan kehidupan yang penuh onak berduri ini yang tidak membenarkan dia membawa anaknya bersama-samanya ke Malaysia. Setiba di Malaysia, dia dan rakan-rakan senegaranya mencari pekerjaan demi mencari sesuap nasi. Di sini dia bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran masakan Thailand. Disitulah tertulis takdir Tuhan yang menemukannya dengan seorang lelaki yang berjaya menambat hatinya. Walaupun berbeza dari segi agama, namun jika cinta sudah mula memenuhi ruangan di dalam hati mereka amatlah susah untuk dinafikan lagi. Subhanallah, Maha Suci Allah. Benar bahawa hidayah itu milik Allah dan Dia akan memberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya dan Dia jugalah yang berhad akan mengambil dari sesiapa sahaja yang dikehendakinya. “Kun fayakun”. Langit nan mendung kini kian berarak. Mentari mula menerbitkan sinar kehangatannya,membahagiakan sang-sang burung yang dulu kedinginan. Pada 2 Februari 1988, sinar hidayah telah dikurniakan ke dalam hatinya. Di hadapan seorang Imam dan bersaksikan dua orang saksi, dia telah melafazkan syahadahnya,di Selatan Thailand, iaitu di Golok. maka mulai saat itu, islamlah agamanya, kaabahlah kiblatnya, Muhammad itulah pesuruh Allah dan Allahlah Tuhannya yang satu dan yang layak disembahnya. Allahuakhbar. Allahlah yang memberikannya hidayah. Daripada Mai Duangkam kini namanya telah ditukarkan kepada Maimunah binti Abdullah. Dia memilih nama ini kerana persamaan yang ada pada nama ini iaitu ‘Mai’ bersamaan dengan nama asalnya. Tertariknya dia untuk memeluk agama Allah ini adalah kerana kebaikan yang sering ditonjolkan oleh orang-orang islam kepada sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa dan agama mereka. Terutamanya kebaikan yang diberikan dan juga pertolongan yang diberikan kepada dirinya. Itulah yang membuatkan dirinya kagum dengan ajaran yang diberikan di dalam agama ini. Hal ini jugalah yang membuatkan hatinya untuk mendalami lagi agama yang suci ini. Tambahannya lagi, pakaian yang disaranka dalam agama islam membuatkannya kagum kerana setelah mengenakan pakaian yang menutup aurat ini membuatkannya lebih selesa dalam menjalani kehidupan sehariannya berbanding dengan pakaian yang dikenakannya sewaktu sebelum dia memeluk agama ini. Selepas memeluk islam, dia telah dirisik oleh lelaki yang dicintainya di awal ketibaan di Malaysia utuk menjadi suri dihatinya. Seorang guru besar di sebuah sekolah di negeri Kelantan. Setelah menerima lamaran itu, mereka telah dikahwinkan berwalikan hakim kerana bapanya tidak menetujui perkahwinannya itu. Rumah tangga mereka begitu bahagia. Setelah setahun kemudiannya, mereka telah dianugerahi seorang anak perempuan yang diberikan nama Ili Suzana binti Mohd Noor. Kemudian setahun kemudian mereka kemudiannya dikurniakan seorang lagi anak perempuan yang dinamakan dengan nama Marina binti Mohd Noor. Tahun berganti tahun, bulan berganti bulan, dan hari berganti hari. Setiap kehidupan akan diakhiri dengan kematian. Pada Disember 2006, suami yang dikasihi dipanggil untuk menemui Penciptanya. Sebak pilu dihatinya tiada siapa yang tahu. Mengenangkan kehidupan yang mendatang akan dilaluinya tanpa kehadiran suami yang tercinta. Tiada lagi suami yang akan membimbingnya dan memberi semangat kepadanya. Mujurlah kehadiran kedua puterinya itu mengurang sedikit perasaannya yang kesunyian. Kehidupan harus diteruskan. Kini setelah bergelar janda beranak dua, dia bekerja di sebuah kilang perabot di Pasir Tumboh dmi menyara kehidupannya bersama kedua orang anak perempuannya itu. Kini kedua-dua anaknya telah berjaya melanjutkan pelajaran mereka di menara gading. Begitulah kehidupan. Usaha yang diberkati akan diberikan kejayaan pada akhirnya.
MASALAH YANG DIHADAPI
Di dalam kehidupan masalah yang dihadapi adalah salah satu keperluan dalam kehidupan seharian manusia. Ianya adalah asam garam yang akan mematangkan lagi diri kita. Tanpa masalah dalam hidup ini mahka hambarlah kehidupan. Yang paling penting ialah kita harus sentiasa bahawa masalah yang ada adalah cubaan buat kita dari Allah untuk menguji sejauh mana keimanan kita terhadap diriNya. Jika di dalam sesebuah keluarga agama yang dianuti pasti akan menjadi pegangan yang kuat. Jika ada di dalam kalangan ahli keluarga ada yang ingin meninggalkan agama yang dianuti sejak dari nenek moyang mereka lagi pasti akan ada penentangan yang hebat terhadap perkara ini. Itulah yang terpaksa diharungi oleh dirinya disaat dia menyataka niatnya untuk memeluk agama islam. Namun niat sucinya itu ditentang habis-habisan oleh ibunya. Ibu mana yang tidak akan menentang jika anak mereka ingin meninggalkan agama yang menjadi pegangan hidup mereka selama ini. Hal ini menyebabkannya diusir daripada keluarganya. Hancur pilu hatinya pada waktu itu kerana ibunya sendiri membenci dirinya. Namun ditelan duri-duri kehidupannya itu kerana dia yakin bahawasanya dia akan memperolehi keharuman mawar itu pada suatu hari nanti. Setelah memeluk islam rukun-rukun islam haruslah dituruti dengan penuh taat setia. Di dalam banyak-banyak rukun islam, yang paling mencabar dirinya ialah berpuasa pada bulan Ramadan. Ketibaannya di Malaysia ialh pada bulan enam. Cuaca di Malaysia pada waktu itu amat panas kerana musim panas ialah pada bulan enam. Pada tahun itu juga bulan Ramadan tiba pada bulan Jun.dalam mengerjakan ibadat puasanya dia benar-benar teruji dengan cuaca yang panas dan terpaksa menahan lapar dan dahaga. Namun dia tetap mencuba untuk bertahan dan meneruskan ibadatnya itu dengan sebaik mungkin. Selain itu juga, masalah dia lagi ialah dia mengalami masalah dalam pertuturan terutamanya dalam membaca Al-Quran. Memandangkan sebelum ini dia hanya mampu bertutur dalam bahasa ibundanya, prtuturannya sewaktu membaca Al-Quran agak sukar kerana bermasalah dengan pelat. Jadi itulah masalahnya dalam membaca Al-Quran.
CARA PENYELESAIAN MASALAH
Setiap dugaan pasti mempunyai hikmah disebalik kejadiannya. Setiap masalah didalam kehidupan ini pasti akan ada jalan penylesaiannya. Begitulah yang dilalui oleh Mak Cik Mai. Setiap masalahnya ditangani dengan begitu teliti dan berhati-hati. Memandangkan masalahnya berkaitan dengan hati dan perasaan,dia harus menyelesaikannya dengan penuh kelembutan dan berwaspada kerana bimbang jika tersilap langkah ada yang akan terluka. Berkaitan dengan masalah keluarga yang dihadapinya itu, iaitu penentangan oleh keluarganya terhadap pengislamannya itu hanya diubati dengan masa. Setelah mengambil keputusan untuk berjauhan selama beberapa tahun dengan keluarga tercinta,dia mengambil keputusan untuk kembali menemui keluarganya. Sewaktu berjauhan dengan keluarganya, harus diakui olrh dirinya bahawa memang berat hatinya untuk berpisah dengan keluarganya,namun demi cintanya dia terhadap agama islam, dia rela memilih agama ini walaupun dia harus menjalani kehidupannya dengan penuh luka didada. Kepulangannya ke Tanah Airnya yang tercinta telah diterima oleh pihak keluarga. Benarlah bahawa masa adalah jalan penyelesaian yang terbaik. Alhamdulillah. Air yang dicincang tidak akn pernah putus. Selagu darah ibubapanya masih mengalir dalam dirinya, selagi itu dia akan memohon agar ibubapanya merestui penghijrahan dirinya ini. Mengenai masalahnya dalam membaca Al-Quran dia mengambil keputusan untuk mempelajarinya dengan perlahan-lahan bersama-sama suaminya. Walaupun sehingga kini dia masih lagi mengalami kesukaran dalam membaca Al-Quran dari segi sebutannya. Namun dia sudah dapat mengenal huruf-huruf jawi jadi hal ini mengurangkan sedikit sebanyak kegugupannya semasa membaca Al-Quran.
HARAPAN
Kehidupan di dunia ini akan sentiasa membuat kita untuk mencipta harapan. Kita akan sentiasa berharap agar nasib kita akan terus baik. Sesiapa sahaja yang tidak mempunyai harapan didalam hidup mereka, mereka ialah orang yang tidak mempunyai visi dan misi dalam hidup mereka. Begitu juga dengan Mak Cik Mai. Harapan yang tercipta ialah harapan yang menggunung buat orang-orang islam agar mereka akan sentiasa dapat menerima dirinya sebagai saudara mereka seikhlas hati mereka. Dia juga berharap agar mereka sentiasa dapat menberikan bantuan dan tunjuk ajar buat orang-orang bukan islam diluar sana. Kerana dengan kebaikan yang ditonjolkan oleh orang islam akan dapat membuatkan mereka merubah persepsi mereka terhadap orang islam. Selain itu juga dia berharap agar lebih ramai lagi orang bukan islam akan tertarik untuk menganuti agama islam ini. Terutamanya buat ahli keluarganya yang lain. Buat anak lelakinya, Puttiphon Seho, dia berharap agar anaknya itu diberikan nur oleh Allah agar anak lelakinya itu juga dapat merasai kedamaian dalam agam islam. Dulu dia juga sering berfikir, jika dia turut membawa anak lelakinya itu sudah pasti kini anaknya itu sudah memiliki Nur islam. Namun begitu dia redha dengan ketentuan Ilahi. Itulah tulusnya doa seorang ibu buat anaknya yang tercinta. Akhir sekali dia berharap agar dia memiliki nur islam ini sehingga ke akhir hayatnya. Hidayah ini tidak akan diambil semula dari hatinya. Baginya dia ingin hidup dan matinya dalam Nur Islam.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan sesudah menjalankan kerja khusus ini ialah sebagai seorang insan yang beragama islam, kita haruslah sentiasa berbuat kebaikan terhadap sesiapa sahaja termasuklah terhadap orang bukan islam kerana didalam agama islam itu sendiri menyuruh umatnya untuk berbuat baik terhadap orang bukan islam dan mereka juga mempunyai hak-hak mereka didalam islam. Sekiranya ada saudara baru kita haruslah memberi sokongan dan bantuan kepada mereka kerana jika kita tersilap langkah mereka mungkin akan kembali kepada agama sebelumnya. Jangan disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Akhir sekali, sebagai orang yang telah dilahirkan dalam keadaan islam kita haruslah bersyukur dengan nikmat nur islam yang telah diberikan oleh Allah buat kita semua. Demikian sahaja daripada saya, wabillahimwattaufiqwal hidayat wassalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh.
Subscribe to:
Posts (Atom)